Securing a scholarship: My Experience



Honestly I’m not the best person to give you an advice on securing a scholarship. But, what I’m going to tell you is just merely based on my personal experience. Since, the perspective is much narrower for Malaysian scholarships, then I think I would rather talk in Malay, can I? =D

* * * * * * * * Malay section * * * * * * * * *

Sebenarnya, saya dah lama mengidam nak pegi oversea ni..hehe. “Mengidam”?? macam orang pregnant jer. (Insya-Allah tak lame lagi kot ..ahaks).
Saya bukanlah tergolong dalam kalangan anak-anak datuk, or anak-anak raja ke, saya orang biasa2 jer. So, kalau tak dapat biasiswa, jangan mimpi la nak gi oversea tu wuwu. Jadi, atas kesedaran tersebut dan dengan semangat yang membara, saya pun study giler2 lah waktu undergraduate. Ya, sejak undergraduate study lagi saya dah target biasiswa yang saya nak mohon nanti untuk sarjana.
Alhamdulillah, since saya ditaja oleh JPA (undergraduate) , so saya pun merancang untuk memohon biasiswa JPA juga untuk master saya. JPA ada menyediakan biasiswa Ijazah Sarjana dan Profesional. Biasiswa ni disediakan untuk pelajar tajaan JPA yang memenuhi syarat2 tertentu untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara. Waaah, baguskan biasiswa ni. Sayang sangatlah kat JPA .. (padahal kalau scholar lambat masuk skit dah bising2, hehehe..). Untuk maklumat lanjut tentang biasiswa ni bolehlah baca kat link di bawah ni.


Tajaan Biasiswa Sarjana dan Profesional


Sayang2 jugak, tapi JPA sangat ‘strict’ dengan syarat2 dia. I really aware about that. So, that’s what actually motivate me to study harder. Kalau waktu nak exam tu, wah sampai tak tido malam, minum nescafe bercawan-cawan nk stay up, nk score punye pasal. Lepas tu, selalu stay kat fakulti sampai malam, kene gigit nyamuk, tido kat dalam surau fakulti, kene kejar dengan pak guard sebab balik kolej lewat (hehe, ni pengalaman paling best, takde gantinya sbb pak guard tak dapat kejar saya waktu tu, yes!!)..emm semua dah rase.
Btw, Alhamdulillah, berbaloi jugak ‘pengorbanan’ yg saya lakukan. (ayat ‘pengorbanan’ tu macam tak boleh blah jer kan? haha). Saya akhirnya dapat result yang dihajati =)
Ye, memang susah nak dapat skor yang best2. Tapi tak mustahil kan? Yang penting cita-cita perlu seiring dengan usaha. Kalau takde usaha bukanlah cita-cita, tapi angan-angan. Dan penting jugak untuk kita berdoa =D. Resepinye Cita-cita + Usaha + Doa + Tawakal. Insya-Allah berjaya.
Dan lagi, kita kene selalu berfikiran positif dan optimistik dengan perancangan Allah. Dah usaha tapi still tak mencapai matlamat. Mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita. Saya secara personal selalu merasakannya begitu. Alhamdulillah…
“Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang”
Selamat Berjaya untuk semua.

0 comments:

Leave a Comment

Back to Home Back to Top Hazwani Mohadis. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.